mohan / FrontPage
 | 
  • If you are citizen of an European Union member nation, you may not use this service unless you are at least 16 years old.

  • You already know Dokkio is an AI-powered assistant to organize & manage your digital files & messages. Very soon, Dokkio will support Outlook as well as One Drive. Check it out today!

View
 

FrontPage

Page history last edited by thurairaj 14 years, 3 months ago

SosialSosialSosialSosialFrontPageEkonomiWelcome to your PBwiki!

 

 

  • Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Global
     
    Krisis kewangan global yang secara langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia hari ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada tahap sederhana iaitu sekitar 3.7 peratus pada akhir tahun ini dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada sekitar 2.2 peratus.

    Situasi tersebut sudah pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat memandangkan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Kesannya kepada ekonomi negara akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban daripada beberapa segi antaranya, kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang, penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.

    gim si U6B09

     

    Tidak perlu kamu tulis panjang. Sebenarnya, krisis kewangan global yang secara langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi rakyat terpaksa menanggung beban daripada beberapa segi antaranya, kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang, penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.

     

    Alex,U6B09

     

    Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan dalam menanggani masalah ini. Dalam usaha memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

    Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.Secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi negara dan peluang perkerjaan.

    Untuk meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

    Ang Choon Ung U6P

     

    Very good, cikgu boleh saya tambah isi Choon Ung? Lim Miaw Yee U6P

     

    Langkah mengurangkan harga barang

    Kerajaan telah mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.

    Bajet mengembang

    Kerajaan juga mengamalkan bajet mengembang (expansionary) dan bukannya menguncup demi untuk memasukkan duit ke dalam poket rakyat. Walaupun terpaksa berbelanja melebihi pendapatan dan menaikkan defisit kepada 4.8 peratus, kerajaan melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat. Menteri Kewangan Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak menjadi masalah kepada negara. Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah mencapai 5.5 peratus.

    Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti

    Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini berikutan krisis ekonomi global. Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan.

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis panduan itu akan disediakan sebelum Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi, mereka juga akan membantu mencari pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan kerja tanpa mengira bidang.

    Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan sedang diusahakan.

    Kedua-dua jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George dan turut diwakili Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), wakil kesatuan sekerja, agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan dengan pekerja serta dijadualkan bermesyuarat setiap bulan. Bagaimanapun, setakat ini tidak ada pembuangan pekerja secara besar-besaran tetapi kerajaan tetap berwaspada dan bersedia.

     
    cara-cara meningkatkan peluang perkerjaan

    Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semula

    Kerajaan akan mempertingkatkan kemahiran kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil dan sederhana menerusi latihan semula bagi membolehkan industri berkenaan bersaing di pasaran lebih besar dan berdikari. Datuk Dr S. Subramaniam berkata, latihan semula itu yang akan diberikan sebelum hujung tahun ini, akan dibiayai oleh Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

    Pihak kementerian akan mengenal pasti program latihan sesuai yang bermanfaat kepada golongan pekerja, Daripada 11,396 majikan yang mencarum kepada tabung yang dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB), lebih 70 peratus adalah IKS, katanya. IKS tersebut kebanyakannya adalah daripada sektor pembuatan yang memiliki kurang daripada 150 pekerja dan sektor perkhidmatan yang mempunyai kurang daripada 50 pekerja.

    Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan enam langkah proaktif yang perlu digerakkan semua agensi dan kementerian bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi terutama tahun depan yang membawa kegelisahan rakyat.

    Sambil menyifatkan tahun-tahun akan datang begitu mencabar, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, langkah-langkah itu termasuk berpegang teguh kepada nilai integriti dengan menghapuskan rasuah serta membantu mengukuhkan sistem penyampaian kerajaan.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui kerajaan ketika ini berusaha memastikan permintaan domestik berada pada tahap setinggi mungkin, menentukan sektor perbankan mempunyai kecairan mencukupi serta menetapkan rangsangan fiskal berjalan mengikut jadual. Tentu sekali kita semua akan terasa beban cabaran yang harus dipikul sebab rakyat meletakkan harapan besar kepada kerajaan untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke lembah kemelesetan ekonomi.

    Keenam-enam langkah proaktif yang perlu dilaksanakan semua agensi dan kementerian adalah seperti berikut:

    * Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan. Ini bererti segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat serta masanya.

    * Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.

    * Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran sekarang.

    * Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor penghasilan kerja.

    *Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan.

    *Hindari rasuah dan terus berpegang kepada nilai-nilai integriti.[gim si]

     

    LANGKAH-LANGKAH MEMPERKUKUH DAYA TAHAN EKONOMI NEGARA

     

     

    Pada pendapat saya, saya mendapati memberi peluang pekerjaan kepada ramai belia dapat menyelesaikan banyak masalah sosial.Mungkin kurang prihatin kerajaan kepada lepasan sekolah menjadi satu masalah yang perlu diatasi. Seandainya kerajaan memberi perhatian kepada golongan belia secara total kemungkinan gejala sosial dapat dikurangkan pada tahap yang rendah. Kita biasanya mendengar kerajaan mengatakan terdapat lebih kurang 750.000 peluang pekerjaan tapi adakah ini benar pada hakikatnya. Kalau benar mengapa ada penganggur?Berbanding dengan negara ASEAN yang lain, kadar pengangguran di Malaysia masih dalam keadaan kritikal. Di manakah kesilapannya? Pendapat Gim si walaupun betul namun ada percanggah fakta dalama beberapa aspek mengenai perbelanjaan kerajaan. Di sinilah kita perlu berhati-hati dalam merancang penyediaan sektor pembinaan,pembuatan dan perladangan untuk memajukan kaum bangsa.

    Slivia,6ab  

     

    Pendapat dan komen anda baik Slivia. Cikgu harap anda dapat berikan lebih input lagi. 

     

     

    Sejak pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos 2009, krisis kewangan global yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin ketara dan telah memberi impak negatif kepada ekonomi benar di peringkat global, termasuk Malaysia. Perkembangan ini sudah pasti akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa pada tahun 2009.

     

     

    Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang mencabar ini, Kerajaan telah mengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani krisis kewangan global ini. Ke arah ini, dasar pengembangan fiskal dilakukan memandangkan Negara mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek serta program berimpak tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak akibat penurunan harga minyak di peringkat global. Melalui penjimatan yang dijangkakan ini, pelbagai inisiatif melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM7 billion akan dilaksanakan bagi memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta meransang aktiviti sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.

     

     

    Projek dan program yang dilaksanakan ini adalah selari dengan lima teras Misi Nasional dan juga selaras dengan tiga strategi khusus Bajet 2009, dalam usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Negara yang mapan dan menjamin kesejahteraan rakyat.

     kuala-lumpur2

     Ekonomi Malaysia berkembang bersadarkan kepada beberapa faktor peningkatan ekonomi global, pertumbuhan pesat ekonomi domestik, sektor perbankan yang kukuh dan dasar kerajaan yang sedang diamalkan

     

    Pakej Perlaksanaan RM 7 bilion

    Lima Teras Misi Nasional

    Strategi Khusus Bajet 2009

     

     

    Menjamin Kesejahteraan Rakyat

     

     

     

     

    Membangunkan Modal

    Insan Berkualiti

     

     

    Memperkukuhkan Daya Tahan Negara

     

     

    Membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana (RM1,200 juta)

     

     

    ·  SPNB (Rumah Mesra Rakyat 6,500 unit

    ·  JPN, KPKT (Program Perumahan Rakyat-4,000 unit

    ·  PPRT KKLW(Program Bantuan)-15,000 unit

    · 

     

     

     

    Menubuhkan Dana Program Latiahn Kemahiran

    (RM 300 Juta)

     

     

     

     

     

     

    Dana Pelaburan untuk menarik pelaburan swasta(RM1,500 juta)

     

     

    Menjamin Kesejahteraan Rakyat

     

     

     

     

    Membangunkan Modal Insan Berkualiti

     

     

    Memeprkukuhkan Daya tahan Negara

     

     

    Perlaksanaan projek perumahan terbengkalai oleh SPNB (RM 200 juta)

    Membiayai program latihan kemahiran golongan belia di institusi latihan swasta (RM 200 juta)

    Menaik taraf, membaik pulih dan menyenggara kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan jalan raya (RM 500 juta)

     

     

     

     

    Meyenggara dan memantapkan sistem pengangkutan awam di bandar utama (RM 500 juta)

     

     

    Memperkasa golongan belia melalui program baru seperti rakan muda sekolah & rakan muda sektoral (RM100 juta)

     

     

     

     

    Menaik traf, membaik pulih dan menyenggara jalan luar bandar, jalan kampung dan pertanian (RM 500 juta)

     

     

    Menambah premis pernigaan untuk usahawan kecil dan sederhana di bawah MARA (rm 100 juta)

     

     

    Memantapkan program pendidikan awal seperti PERMATA,Tadika, KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas pra-sekolah (RM 200 juta)

     

     

     

     

    Menaik taraf, membaik pulih dan menyenggara balai dan kuaters polis serta kem dan kuaters tentera (RM 500 juta)

     

     

    Program Peyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) (RM 600 juta)

     

     

     

     

    Bantuan Kewangan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, mission schools, SJK Cina dan SJK Tamil (RM 200 juta)

     

     

     

     

    Menyegerakan pelaksanaan Projek JalurLebar Berkelajuan Tinggi

    (RM 400 juta)

    RM 2,600 juta

    Rm 1,000 juta

    RM 3,400 juta

    RM 7,000 juta

     

     

    Selain pakej rangsangan RM 7 billion, langkah-langkah berikut juga akan dilaksanakan:

     Untuk meningkatkan keberkesanan perbelanjaan Kerajaan:

    •  Projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import yang rendah akan diutamakan
    • Pelaksanaan pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan kebajikan masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baru akan dipercepatkan.
    • Pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dalam sektor awam secara kontrak akan dipercepatkan.

     Untuk menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif serta penjanaan peluang pekerjaan yang mapan bagi sektor swasta:

    • Tanah Kerajaan di lokasi strategik akan dibangunkan secara usaha sama dengan sektor swasta dan GLC, yang juga akan mempelbagaikan hasil Kerajaan
    • Duti import bagi  simen dan keluaran besi keluli panjang bagi sektor pembinaan dan pembuatan akan dihapuskan, manakala Approved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang juga dikecualikan
    • Pembelian hartanah komersil bernilai RM 500,000 atau lebih, untuk kegunaan sendiri, dibenarkan tanpa kelulusan FIC
    • Dana tambahan sebanyak RM 200 juta akan disediakan bagi skim mikro kredit di bawah seliaan Bank Negra Malaysia
    • Permit kerja akan terus diberi kepada knowledge worker
    • Proses pengambilan professional, pengiktirafan kelayakan asing serta pengeluaran visa di bawah program pelanconagn kesihatan dan pendidikan dipermudahkan
    • Syarikat GLC kan melaksanakan program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) untuk melatih 12,000 graduan dalam tempoh 2 tahun
    • Masa perniagaan pasar raya besar dan pusat membeli-belah dilanjutkan

    Untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengekalkan permintaan dalam negeri:

    • Potongan caruman pekerja KWSP boleh dikurangkan secara mengekalkan sebanyak 3% selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009
    • Had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam dipertingkatkan
    • Pinjaman perumahan bagi penjawat awam untuk hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan boleh dibenarkan
    • Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan sedia ada dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun

    Langkah-langkah di atas merupakan pakej ransangan yang komprehensif yang bukan sahaja disasarkan untuk menangani impak krisis kewangan global pada tahun 2009, malah meletakkan asas-asas yang kukuh bagi mengekalkan momentum pertumbuhan negara yang mapan demi mencapi objektif Misi  (NURYUHA)

 

Dalam  keadaan ekonomi global tidak menentu sekarang, kerajaan berdepan dengan dua cabaran besar iaitu memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan memastikan dana yang diperuntukan oleh kerajaan digunakan dengan baik. Jelaskan

 

21 Nov - NAPE Kurangkan Pekerja Asing, Pengangguran

nape2

KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 dilancarkan semalam adalah inisiatif mengatasi jangkaan peningkatan pengangguran, selain mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bertindak balas terhadap permintaan pantas dalam pasaran buruh dan meningkatkan daya saing negara dalam pasaran tenaga kerja.

KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 dilancarkan semalam adalah inisiatif mengatasi jangkaan peningkatan pengangguran, selain mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bertindak balas terhadap permintaan pantas dalam pasaran buruh dan meningkatkan daya saing negara dalam pasaran tenaga kerja.

Pelan tindakan agenda nasional itu dilancarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada Persidangan Kebangsaan Tiga Pihak Bagi Amalan Kerja Baik, di sini.

Merangkumi 10 garis panduan strategik, pelan itu menggariskan langkah aktif dan mencegah pengangguran dan individu tidak aktif; menggalakkan penciptaan pekerjaan dan keusahawanan; menggalakkan penyesuaian dan mobiliti dalam pasaran pekerjaan; serta menggalakkan pembangunan modal insan dan pembelajaran berterusan.

Pelan itu juga menggariskan langkah menggalakkan pekerjaan bagi pekerja berpengalaman dan berusia; mengukuhkan kesamaan gender dalam pekerjaan; menggalakkan integrasi pasaran buruh bagi golongan kurang bernasib baik; memastikan setiap kerja dibayar; mengubah pekerjaan tidak diisytihar; dan mengatasi perbezaan pekerjaan serantau dan sektoral.

Antara inisiatif yang dirancang termasuk meningkatkan peranan laman web JobMalaysia menerusi proses penjenamaan semula dan tugas ini diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang akan mempromosikan laman web ke seluruh negara.

Bagi menggalakkan penciptaan pekerjaan, lebih banyak peluang akan diwujudkan dalam sektor berasaskan teknologi dan pengetahuan serta bidang yang mampu menawarkan bidang pekerjaan baru, termasuk pengurusan alam sekitar, kejuruteraan alam sekitar, mengurangkan pencemaran, pengurusan sisa dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

 

Sementara itu, inisiatif syarikat korporat untuk melebarkan sayap ke luar negara akan digalakkan kerana ia dapat menawarkan peluang pekerjaan baru dalam jangka panjang menerusi pembukaan laluan ke pasaran baru, mewujudkan permintaan bagi produk dan komponen tempatan serta mewujudkan syarikat multinasional Malaysia.

Menerusi garis panduan mewujudkan pekerjaan baru dalam bidang keusahawanan, kerajaan akan meningkatkan dan mengguna pakai program pembangunan usahawan tekno yang digerakkan menerusi skim teknologi inkubator bagi menjana usahawan baru teknologi dari peringkat permulaan.

Sumber: Berita Harian

 untuk mendapat maklumat yang lebih jelas,dipersilakan clik website ini:

http://www.scribd.com/doc/13279480/SN12-Pengangguran-Biang-Keladi-Sistem-Ekonomi-Kapitalisme

Baik teruskan usaha anda  supaya dapat menggunakan nya dalam penulisan esei

 

 

Pemimpin perlu jadi model elak pembaziran

 

 

 

Mon | Jun 16, 08 | 1:58:00 pm MYT

Kenaikan harga minyak tempatan yang ketara akan terus berlaku cepat atau lambat memandangkan kepada kenaikan harga global.

Iklan

 

 

 

 

 

 

Kerajaan sepatutnya perlu memastikan sistem pengangkutan yang murah, mudah dan cepat terlebih dahulu lama sebelum apa yang berlaku pada hari ini. Ini akan mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah memandangkan golongan ini membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka yang kecil itu untuk pengangkutan.

Terdapat gesaan supaya rakyat negara ini tidak melakukan pembaziran dan berbelanja berlebihan. Pada masa yang sama rakyat terus berjuang untuk meneruskan hidup seharian. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan turut melakukan peranannya dengan menjadi contoh dan mengurangkan perbelanjaan. Pembaziran perlu dihentikan dengan segera.

Banyak kenderaan rasmi kerajaan menggunakan enjin melebihi 2000 cc. Apabila Perdana Menteri atau mana-mana menteri menghadiri sesuatu majlis, satu rombongan sering mengiringi mereka dan dengan itu menambahkan lagi penggunaan kenderaan. Adakah ini benar-benar diperlukan? Kerajaan perlu mengurangkan penggunaan kenderaan ini memandangkan pada akhirnya rakyatlah yang terpaksa membayar kos perjalanan mereka.

Terdapat juga kes bagi sesetengah orang yang kerap membiarkan enjin mereka terus hidup bersama dengan penghawa dingin yang terus terpasang ketika mereka sedang menunggu atau tidur di dalam kereta. Perkara ini sering dilihat berlaku kepada pemandu kereta orang kenamaan (VIP). Sepatutnya mereka perlu memakir kereta dan mematikan enjinnya.

Kajian semula perlu dilakukan terhadap keperluan kakitangan Kerajaan membuat perjalanan keluar negara. Kerajaan perlu mengurangkan perjalanan ini melainkan dibuktikan bahawa perjalanan itu benar-benar bermanfaat dan diperlukan serta tiada alternatif lain.

Malah jika perjalanan luar negara benar-benar diperlukan, bilangan mereka yang mengikuti rombongan menteri mestilah dihadkan dan menggunakan kelas ekonomi dan bukannya kelas perniagaan.

CAP difahamkan daripada laporan akhbar baru-baru ini terdapat satu lawatan sambil belajar selama seminggu oleh delegasi seramai 15 orang pegawai tinggi termasuk Menteri Wilayah Persekutuan ke kota di Eropah dan satu lagi di Kanada untuk mempelajari cara yang lebih baik untuk menguruskan bandar raya ? lawatan ini diluluskan oleh Kabinet. Ia perlu diteliti semula sama ada lawatan ini dengan bilangan delegasi yang ramai ini benar-benar diperlukan. Pengkritik telah mempersoalkan kenapa delegasi ini perlu ke Eropah untuk mempelajari sesuatu sedangkan mereka boleh ke Singapura, Hong Kong atau Taipei sebagai ganti.

Masalah ?cahaya berlebihan? dan ?penyejukan berlebihan? pejabat dan kompleks kerajaan, Parlimen serta bangunan rasmi besar lain perlu ditangani.

Amalan membazir lain seperti ambil perabot dan peralatan yang menjadi amalan kerajaan supaya  kurang membazir atau harga alat tulis, makanan, alatan dan barangan lain yang tinggi perlu diteliti semula. Pegawai yang didapati membazirkan dana awam perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Umiati 6Atas putih

Umi, saya gembira anda dapat beri idea tetapi isi kandungan masih mengelirukan. Namun saya dapat memahami inti isi anda. Cuba lagi dan lihat karangan yang dihantar dalam web ini.

Saya setuju dengan cikgu, umi. Isi anda seolah-olah menerangan bahawa Kerajaan tidak dijalankan sesuatu projek secara besar-besaran dan mewah. Kerajaan perlu membuat susulan bagi memastikan nasihat ini benar-benar dipatuhi. Rages U6P

Terima kasih Rages kerana membantu rakan anda

 

Sebagai contoh, adalah menjadi amalan biasa bagi Kerajaan mengadakan seminar, persidangan dan mesyuarat di hotel. Perbelanjaan meningkat, penggunaan tenaga juga turut meningkat dan terdapat juga pembaziran makanan. Banyak daripada majlis ini boleh diadakan di bangunan Kerajaan atau dewan orang ramai, dan makanan boleh disediakan secara sederhana dengan kos yang lebih murah.

Kerajaan juga perlu mengotakan janji dengan mengawal atau membatalkan sepenuhnya sebarang projek mega yang bukan kritikal atau perlu; dan sebagai ganti menyalurkan penjimatan ini kepada projek kritikal atau langkah yang boleh memberikan manfaat kepada orang ramai sebagai contoh memperbaiki sistem pengangkutan awam.

Dana yang telah dijimatkan berikutan penarikan balik subsidi boleh disalurkan kepada projek lain seperti memperbanyakkan lagi perumahan kos rendah, memperbaiki kemudahan penjagaan kesihatan, dan kemudahan sekolah.

Kerajaan juga perlu mendedahkan sepenuhnya segala butiran perbelanjaan oleh kerajaan di mana orang ramai boleh melihat dan memahami bagaimana dana kerajaan digunakan. Berikutan dengan itu, kerjasama antara kerajaan dan orang ramai perlu digalakkan bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan pembaziran.

Akhir sekali, jika kerajaan dan kakitangannya boleh menjadi contoh dalam melaksanakan penggunaan sumber yang lebih cekap serta mengurangkan pembaziran, ia akan memberikan mesej yang kuat kepada orang ramai. Rakyat akan bertindak dengan positif.

 

NA SU EN 6AB

Su en, cikgu harap su en lihat pada point yang diberi oleh Nisha supaya tidak menulis isi yang kurang jelas. Beri idea bernas denga baca surat khabar atau majalah mengenai cara mengatasi masalah ekonomi dan berkongsi maklumat dengan murid lain agar dapat memberi hujah yang baik.

 

          Bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengemukakan cadangannya  yang inisiatif khas diberikan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menghadapi kemelut ekonomi semasa. Tumpuan khas perlu diberikan kepada PKS supaya industri yang menjadi tulang belakang ekonomi negara tidak terjejas atau terhapus. ''Bagi mengurangkan kesannya kepada PKS, bentuk bantuan yang dicadangkan termasuklah menambah dana atau tabung untuk pembiayaan perniagaan dalam bentuk geran, 'Selain itu, MITI juga akan mencadangkan pengurangan kos perniagaan seperti langkah bersesuaian untuk memudahkan perniagaan, cadangan lain yang  dikemukakan adalah  latihan untuk semula kakitangan bagi syarikat yang bermasalah akibat keadaan ekonomi yang memburuk.
Su En 6AB
Su, idea anda baik dan bertrampilan. Kalau boleh anda perlu berkongsi pengetahuan anda dengan rakan lain yang memberi pendapat supaya isi anda lebih matang.
 
     Mengenai kesan penurunan tarif elektrik kepada sektor pembuatan dan industri berat, Muhyiddin berkata, industri mengalu-alukan langkah tersebut tetapi beranggapan nilainya masih agak kecil.''Pendekatan MITI adalah secara holistik atau menyeluruh, bukan hanya melihat kepada penurunan tarif elektrik sahaja tetapi kos keseluruhan perniagaan termasuk bahan mentah. Walaupun penurunan tarif elektrik dan gas penting, tetapi kadar yang dikurangkan adalah terlalu kecil.''MITI juga akan mengemukakan cadangan spesifik seperti memperkenalkan 'bukan waktu puncak' seperti Sabtu dan Ahad diberikan tarif lebih rendah, ada kilang yang berminat untuk menjalankan operasi pada waktu itu,'' jelasnya.Sekiranya terdapat kilang yang menggunakan jumlah tenaga elektrik yang tinggi, mereka sepatutnya diberikan rebat yang lebih rendah bagi mengurangkan kos operasi, katanya.Pada minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan, tarif elektrik akan diturunkan pada purata 3.7 peratus kepada 31.3 sen sekilowat jam (kWj) daripada 32.5 sen kWj mulai 1 Mac ini.Pengguna komersial diberikan pengurangan tarif elektrik sebanyak 2.7 peratus dan industri sebanyak 5.0 peratus manakala para pengguna domestik pula pada purata 2.54 peratus.
              Kerajaan diminta menubuhkan semula Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk membantu membebaskan negara daripada krisis kewangan global dan seterusnya meletakkan kembali ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh. Para penganalisis ekonomi berpendapat, sudah sampai masanya agensi itu dihidupkan semula memandangkan ekonomi negara semakin meruncing dan dikhuatiri tidak mampu menanggung kesan yang lebih besar selepas ini.
    Nisha 6 Atas Hijau
 
Penyampaian Nisha menunjukkan isi yang dibincangkan memang menunjkkan perkembangan ekonomi negara. Selain itu, nisha boleh mendapat maklumat tambahan dari Dewan Masyarakat dan Utusan Malaysia.Baiki kelemahan dari segi isi meleret. Teruskan usaha anda dalam input seterusnya
 
 
 
Pembelian barangan buat Malaysia mampu mengatasi masalah ekonomi. Kita harus kurangakan pergantungan  kepada barang pengimportan.Import yang terbesar ialah makanan seperti gula, tepung, daging  lembu,susu dan  makanan yang diproses  daripada bahan-bahan ini.  Kita harus tidakkan bahan-bahan ini dan menggantikannya dengan  bahan dan makanan yang dapat dikeluarkan dalam negeri. Hal yang demikian mampu menggelakkan pengaliran mata wang negara kita  keluar.Selain itu, pembelian produk tempatan membantu pertumbuhan industri tempatan (IKS). Hal yang demikian mampu mewjdkan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat.  
 
(Naven 6AH)
 
Idea yang anda beri  adalah munasabah.Malah akan jadi lebih baik jika anda semak bahasa semasa memberi input. Cuba anda kaitkan isi anda dengan keadaan ekonomi sekarang supaya anda mendapat lebih banyak idea. Harap dapat beri input yang baik dalam sehari dua ini. 
 

 

 

 

Usaha mengatasi masalah krisis ekonomi malaysia 2009 (evelyn leechin)

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang bercakap mengenai krisis kegawatan ekonomi yang akan memberi kesan kepada seluruh sektor ekonomi dunia. Malaysia tidak akan terlepas dari menghadapi krisis kegawatan ekonomi yang akan mula dirasai sekitar suku pertama tahun depan (2009).

Memang mengerunkan apabila terbaca di dada-dada akhbar mengenai trend pemberhentian pekerja yang diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia.

 

 

 

 

Menurut Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kebanyakan pekerja yang dibuang adalah dari industri elektronik. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009

 

 

Sebagai seorang rakyat , kita harus berusaha mengatasi masalah iktisad dengan: 

 

1. Simpan sedikit tabungan untuk perbelanjaan tahun depan.

2. Belajar untuk hidup secara sederhana dan berbelanja mengikut keperluan.

3. Pelbagaikan pendapatan, mungkin berniaga secara kecil-kecilan.

4. Buat perancangan kewangan bagi setiap bulan dan catitkan supaya kita dapat lihat ke mana wang kita dibelanjakan

 

 

Najib mampu tangani krisis ekonomi Malaysia  

Presiden baru UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, mampu membawa Malaysia menangani krisis kewangan global yang sedang melanda di samping mencapai pertumbuhan ekonomi yang mantap.

Najib, selaku Menteri Kewangan, membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua ataupun Bajet Mini bernilai RM60 bilion yang akan dilaksana dalam tahun 2009 dan 2010. 

 

Cara mengatasi masalah ekonomi [ Su en] 

 

1. Tabung Pembuangan Kerja

-          Kerajaan harus memperuntukan 0.5 billion untuk memulakan tabung ini. 5 billion telah dikeluarkan dari KWSP dan diberikan kepada Value Cap. Kerajaan hanya perlu ketepikan 10% dari jumlah ini untuk memulakan tabung pembuangan kerja.

-          Memberi gaji bulanan kepada mereka yang dibuang kerja untuk 6 bulan atau sehingga mereka dapat kerja.

2. Mewujudkan peluang pekerja

-         7 billion yang dicadangkan oleh Dato Najib Tun Razak untuk pelbagai Projek Infrakstruktur harus dibayar terus kepada JKR, Lembaga Perumahan Negeri, Majlis Tempatan dan Agensi kerajaan yang lain dengan syarat dana ini digunakan untuk memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mengganggur.

- 10 billion pakej stimulus baru harus digunakan untuk terus membantu pekerja.

 3. Akta Gaji Minima dan Pekerja Asing 

Kerajaan harus mengimplementasi Akta Gaji Minima untuk menghentikan polisi gaji murah yang mengalakkan pengambilan pekerja asing yang murah-          Semua kuota untuk pengambilan pekerja asing yang dipegang oleh Syarikah Besar pada masa hadapan harus dibekukan serta-merta

-          Pekerja  asing yang kehilangan pekerjaan harus  diberi bantuan kemanusian dan dihantar pulang dengan majikan membayar ganti rugi.

4. Berikan/Sewa Tanah untuk Pertanian

-          Di kawasan Luar Bandar kerajaan harus menyewa 2-3 ekar tanah terbiar dan diberikan kepada pekerja yang kehilangan kerja atau mereka yang tidak dapat pekerjaan

-          Satu makanisme untuk mendapatkan tanah swasta untuk tujuan yang sama harus dilaksanakan

.-          Pekebun kecil diberi hakmilik tanah 

 

Ang Keng Loon U6P

 

Cikgu saya Evelyn Leechin boleh saya tambah isi bagi cara mengatasi yang dibuat oleh Ang

 

Boleh Lee Chin.Bagilah isi yang sesuai

 

1. Catuan Makanan 

Kepada mereka yang langsung tiada pendapatan,  kerajaan mesti membekalkan bakul makanan yang megnandungi makanan asas. 

2 Merombak Skim Pinjaman

Kerajaaan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk  menangguhkan atau mengurangkan pinjaman perumahan  dan lain-lain pinjaman  seperti pinjaman kepada peniaga kecil untuk mengurangkan beban rakyat. 

3. Jangan Kurangkan Cukai Koprat      

Kekalkan cukai koprat di tahap 27% seperti sekarang. Pengurangan cukai akan menyebabkan beban itu dialihkan kepada penguna atau rakyat biasa.  JERIT mengharapkan pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri membawa dasar dan pelan tindakan yang konkrit demi menyelamatkan ekonomi negara dan pekerja Malaysia yang merana akibat krisis ekonomi ini. Kegagalan  kerajaan untuk membuat demikian akan menolak rakyat kedalam kemiskinan dan kesengsaraan.  Sekiranya kerajaan mengetepikan tuntutan pekerja, maka kita tidak boleh berdiam diri. Kaum pekerja Malaysia harus bangun berjuang demi menuntut hak kita. Kalau kita terus mendiam diri , hak kita akan terus dicabuli dan generasi akan datang akan terus ditindas. (evelyn leechin)

 

Buli Dan Masalah Sosial Pelajar



Kita tentu terkejut dengan kes adik Muhd Afiq Qusyairi Baharuddin yang dibuli dan dibelasah oleh pelajar senior di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis. Yang pastinya masalah ini masih lagi berleluasa sehinggalah ke detik ini.

Bermacam- macam persoalan timbul yang semuanya memerlukan penyelesaian yang konkrit dan segera.

-- Kenapakah berlakunya kepincangan pemikiran pelajar-pelajar ini?
-- Dimanakah salahnya pendekatan kita selama ini?
-- Tidak adakah suatu mekanisme yang wujud untuk menyalurkan rangsangan emosi negatif pelajar-pelajar ini agar dapat dikurangkan atau kepada sesuatu yang lebih berfaedah dan masuk akal?
-- Apakah kerana kes-kes yang berlaku ini isolated dan hanya melibatkan segelintir pelajar, maka segala usaha yang dijalankan untuk membenterasnya masih lagi di dalam peringkat perancangan demi perancangan?
-- Sampai bilakah berlakunya segala masalah disiplin pelajar-pelajar ini ?

 

Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Pattterson (1982; Patterson et al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggapkan sebagai breeding grounds kepada tingkah laku anti-sosial dan hostile.

  Keluarga ini selalunya beratmosferakan coercive home environment di mana anak-anak berinteraksi dengan ibu bapa dan sesama sendiri dengan menggunakan kekerasan ataupun dengan teknik-teknik anti-sosial yang lain.

 

Tekanan yang berterusan ini akan mengakibatkan anak-anak ini, secara tidak langsung, terpaksa mempelajari teknik-teknik tersebut untuk terus survive di dalam keluarga mereka.

Anak-anak akan mulai berani menentang ibubapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan tekanan yang dirasai oleh mereka. Lama-kelamaan perangai dan tingkah laku akan sebati dengan jiwa mereka.

Sikap inilah yang akan memperkenalkan mereka kepada masyarakat nanti.

 

Rentetan permasalahan anak-anak ini bertambah signifikan apabila di bangku sekolah. Kerap kali berlaku masalah disiplin dan juga lemah di dalam pelajaran di kalangan anak-anak ini.

Akibatnya anak-anak ini sering dihukum dan gagal di dalam peperiksaan yang seterusnya akan menyebabkan ibu bapa berasa malu, bertambah berang ataupun terus tawar hati.

Sikap ini pula akan menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengawal atau mengambil kisah hal ehwal dan segala aktiviti anak-anak mereka.

 

Jadi persoalannya sekarang ialah, jika ibubapa bertanggungjawab mencorakkan perangai dan tingkah laku anak-anak, kenapakah masalah disiplin pelajar-pelajar tertumpu di suasana dan persekitaran sekolah?

Ini adalah kerana, jika diamati dengan teliti, subjek-subjek yang terlibat, masa contact, tindakan dan tindakbalas subjek itu dirangsang oleh sesuatu atau situasi tertentu di sekolah itu.

Peristiwa-peristiwa seperti bakar sekolah, peras ugut ataupun gangsterisme sebenarnya mempunyai sumber provokasi (provocation) yang bermula atau tertumpu di masa sekolah itu dan bukannya di rumah pelajar-pelajar.

 

Peranan Sekolah

Feldman & Weinberger (1994) di dalam buku di atas menerangkan bahawa penampilan sikap negatif yang persisten oleh pelajar-pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini, akan menyebabkan beberapa respon negatif, tanpa disedari, oleh masyarakat sekolah.

-- Pelajar-pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhi diri daripada mereka.
-- Pelajar-pelajar ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru.
-- Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar-pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti-sosial.

Penolakkan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka.

Sesetengah daripada mereka membentuk geng-geng ataupun deviant cliques.

Kumpulan ini akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, anti-sosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang berbau jenayah(Thomas Dishion & Associates, 1991).

Kajian tersebut bertepatan dengan senario kita hari ini. Biasanya unsur-unsur negatif yang besar magnitudnya seperti buli, peras ugut, hooliganisme, gangsterisme dan membakar sekolah melibatkan penyertaan lebih daripada satu pelajar.

Terdapat juga golongan pelajar yang memencilkan diri, hilang pegangan role model mereka iaitu ibubapa dan guru dan sebagainya.

Sikap destruktif ini akan menyebabkan mereka sangat senang terpengaruh dengan anasir-anasir kurang sihat di kalangan masyarakat.

Mereka yang selama ini hilang tempat mengadu dan kasih sayang, merasakan bahawa dengan mengikuti anasir-anasir ini, mereka akan dapat lari ataupun melupakan segala masalah mereka.

 

Kitaran Hidup

Jika kita amati dengan teliti, terdapat satu kitaran lengkap tindakan dan tindakbalas yang terjadi di antara pelajar-pelajar bermasalah ini dan orang dewasa iaitu ibubapa dan guru.

Kitaran ini telah diutarakan oleh. Doherty & Mynatt di dalam buku mereka yang bertajuk Understanding Human Behaviour (1998). Ianya di istilahkan sebagai Positive Feedback Loop.

Istilah ini menerangkan fenomena ‘rangsang - merangsang’ dan ‘ganda-mengganda’ yang sering bergolak di antara jiwa pelajar bermasalah ini dan persekitaran sosial mereka.

Jika di rumah pelajar bermasalah ini, ahli-ahli keluarga mempunyai masalah dengan sikap masing-masing. Apabila anak-anak ini sering melakukan kesalahan ataupun gagal di dalam peperiksaan, ibubapa akan menjadi lebih malu, lebih marah ataupun lebih tawar hati.

Ini akan mengakibatkan tindakbalas anak-anak terhadap ibubapa akan digandakan juga. Begitulah seterusnya fenomena ‘ganda-mengganda’ dan ‘rangsang-merangsang’ yang persisten di antara anak-anak dan ibubapa,

Jika fenomena ini kekal dan berterusan, maka akan terjadilah peristiwa-peristiwa seperti lari dari rumah, berpeleseran, bohsia, bergaduh dan sebagainya.Begitu juga yang terjadi di sekolah, di mana penolakan masyarakat sekolah akan menggandakan sikap hostile dan benci mereka terhadap masyarakat sekolah.Penentangan berlebihan pelajar-pelajar ini akan menyebabkan guru-guru terpaksa melaksanakan hukuman yang lebih berat ataupun mengalah dengan membiarkan sahaja mereka ini. Begitulah seterusnya senario ‘ganda-mengganda’ dan ‘rangsang-merangsang’ yang persisten di antara pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah. Jika senario ini kekal dan berterusan, akan menyusullah kejadian-kejadian tidak sihat seperti bakar sekolah, peras ugut dan sebagainya.

 

Dulu Lain Sekarang Lain

Di dalam perbincangan isu masalah disiplin pelajar ini, saya rasa elok juga kita membincangkan perbezaan ketara di antara zaman sekarang dengan zaman bapa dan datuk kita dulu.

-- Dahulu masyarakat memandang tinggi guru-guru sekolah. Guru-guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru.

-- Dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi. Ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang. Mereka berjaya bertindak sebagai ‘penyerap’ kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anak-anak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting.. Justeru itu, jika dibandingkan dahulu dengan sekarang, banyak yang berubah. Di zaman sekarang, berlaku perubahan dari segi keperluan fizikal dan mental masyarakat.

 

 -- Sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut.Ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur formal ilmu sahaja. Sebab itulah guru-guru dan pihak sekolah mempunyai masalah kes saman dan kurangnya penglibatan ibubapa di sekolah.

 

-- Institusi sekolah hari ini juga dirasakan tidak istimewa dan eksklusif lagi. Sebagai contoh, sekarang ini telah wujud kelas-kelas tuisyen yang mempunyai tenaga-tenaga pengajar yang mempunyai masa untuk memberikan penumpuan yang bersifat individual, berkesan dan berjaya membantu pelajar-pelajar di dalam peperiksaan mereka. Perkembangan yang telah bertapak lama ini menunjukkan seolah-olah guru-guru tidak berupaya lagi untuk mengajar dengan berkesan di sekolah.

 

-- Sekarang, ibubapa tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengetahui hal ehwal emosi dan pelajaran anak-anak mereka. Ataupun, mungkinkah ibubapa berpura-pura tidak ada masa untuk mengetahui pelajaran anak-anak mereka kerana ego dan takut dicop kurang pandai apabila ditanya oleh mereka? Ataupun, mungkinkah ibubapa tidak mempunyai tahap kesabaran mengajar seperti ahli-ahli profesional yang bergelar guru ini?

 

Penyelesaian

Patterson (1982; Patterson et. al 1989) mengatakan bahawa sikap anak-anak dan persekitaran keluarga yang destruktif ini tidak mungkin boleh dipulihkan jika mereka tidak mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Malah jika kepincangan ini berterusan sehingga ke peringkat dewasa, segala kaedah membetulkan sikap pelajar ketika itu terasa mustahil dilaksanakan kerana ianya juga perlu membetulkan mind sets masyarakat sekeliling yang terlalu ramai dan bebas. Ketika itu para pelajar akan berdepan dengan pelbagai jenis dan karakter masyarakat yang selama ini telah mendukung persepsi kukuh tetapi serong terhadap mereka. Perlu ditekankan juga, bahawa masa contact sosial pelajar-pelajar di dalam sekolah adalah yang kedua lamanya selepas di rumah. Masa contact ini dan kajian-kajian di atas jelas menunjukkan betapa mustahaknya peranan sekolah. Peranan institusi sekolah ini adalah setaraf dengan peranan institusi kekeluargaan di dalam membentuk mental dan rohani pelajar-pelajar. Malah atmosfera di dalam sekolah akan menentukan kesudahan corak jiwa pelajar di peringkat remaja ini.Disebabkan itulah segala usaha perlu disegerakan di masa pelajar-pelajar berada di institusi yang kecil dan terkawal ini iaitu di sekolah. Kita perlukan suatu kaedah pencegahan untuk memastikan nilai-nilai negatif ini dapat dibendung daripada terlepas dari kawalan kita. Di samping itu, perlu diwujudkan satu tindakan susulan untuk menghilang atau mengurangkan masalah sebenar pelajar-pelajar. Justeru itu, pihak-pihak berkuasa perlu lebih proaktif dan bersegera di dalam menangani masalah ini. Sistem-sistem pendidikan sekarang mestilah dikemaskinikan agar lebih fleksibel dan sesuai dengan orde masyarakat hari ini dan masa hadapan.

 

Hukuman

Buku Developmental Psychology: Childhood & Adolescence (4th edition, 1996) telah menggariskan beberapa cara pencegahan untuk permasalahan di atas. Di antaranya ialah:-

-- Penumpuan lebih dan membantu pembelajaran pelajar bermasalah ini agar setanding dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Bukannya dengan mengkritik atau menyisihkan mereka.

-- Mengadakan suatu stimulus yang dapat menimbulkan rasa minat dan berguna mereka di sekolah.

-- Mendekati dan memahami mereka secara ikhlas dan mendalam. Guru-guru keseluruhannya hendaklah juga mengajar mereka sikap-sikap yang baik agar mereka dapat berinteraksi kembali dengan pelajar-pelajar keseluruhannya.

Bukannya dengan membebankan masalah pelajar-pelajar kepada guru disiplin atau unit kaunseling sahaja.

-- Membantu ibubapa mempelajari teknik pengurusan anak yang lebih efektif.

Kaedah di atas amat perlu diutamakan di dalam pengubahsuaian sistem institusi sekolah. Biarpun hasil perlaksanaannya mengambil masa yang lama tetapi ianya lebih kekal dan berjaya mengurangkan respon negatif dan masalah sebenar pelajar ini(Mynatt & Doherty, 1998).

-- Pendekatan sistem hukuman (punishment) sekarang, mesti diubah dan dianjakkan kepada memfokuskan usaha-usaha murni bagi mengisi kekosongan jiwa pelajar-pelajar malang ini.

Kaedah hukuman atau punishment yang dipraktikkan selama ini seperti merotan, gantung sekolah dan lain-lain sebenarnya akan menghasilkan respon yang dikehendaki dengan cepat tetapi ianya bersifat sementara dan kerap tidak berjaya menyelesaikan masalah sebenar pelajar ini.

Sayangnya, walaupun kaedah ini sudah tidak sesuai lagi sekarang, ianya terus menjadi pilihan utama. Ia adalah disebabkan oleh desakan sistem yang inginkan respon yang cepat dan juga oleh persepsi fixed ideas masyarakat sendiri.

-- Guru-guru pula perlu lebih tangkas mengesan perubahan sikap pelajar, mengenalpasti masalah, prihatian dan membantu menyelesaikan masalah pelajar mereka.

Guru-guru perlu mengenengahkan sikap-sikap lain yang ada di dalam peribadi pelajar-pelajar ini.

Pelajar-pelajar bermasalah ini pasti mempunyai sikap-sikap murni yang boleh diterima umum tetapi selama ini terpendam akibat dibayangi oleh sikap anti-sosial yang terlalu dominan di dalam personaliti mereka ataupun yang terbantut disebabkan persepsi negatif masyarakat ke atas mereka.

Sikap-sikap murni ini perlu dikembangkan agar ianya dapat menguasai kembali jiwa mereka.

 

Pendekatan Lain

-- Pengasingan pelajar-pelajar di dalam kelas-kelas yang berdasarkan kepada kepandaian dan merit kini perlu dikaji semula. Kelas sepatutnya mempunyai pelajar-pelajar yang dipilih secara rawak.

Dengan cara ini akan berkuranglah terbentuknya geng-geng jahat seperti sekarang ini. Dalam masa yang sama guru-guru akan dapat mengajar dengan lebih saksama dan semangat sihat seperti berlumba-lumba untuk mencari ilmu akan tercapai di antara pelajar-pelajar..

-- Penulis rasa perlu juga dislotkan masa ‘perjumpaan dengan guru kelas’ di dalam jadual waktu sekolah sekarang.

Masa ini bukan untuk mengajar dan belajar tetapi satu slot khas untuk pelajar-pelajar menanyakan masalah mereka agar dapat dikongsi bersama guru-guru.

Cara ini amat baik kerana ianya akan menimbulkan rasa minat dan bergantung pelajar-pelajar kepada guru.

Bila masalah disiplin pelajar terjadi, guru-guru diberikan keistimewaan untuk berjumpa dan berbincang dengan ibubapa pelajar tersebut, di slot masa ‘perjumpaan dengan guru kelas’ tersebut.

-- Guru-guru juga perlu diringankan tugas mereka. Saya rasa perlu ditubuhkan satu organisasi profesional lain yang bertanggungjawab untuk menyediakan mode-mode rangka pelajaran yang canggih dan menarik, menyediakan dan memeriksa kertas peperiksaan.

Dengan cara ini, teknik pengajaran guru-guru akan menjadi tersusun, menarik dan dikagumi oleh pelajar-pelajar dan ibubapa. Di samping itu, guru-guru akan mempunyai lebih masa bersama-sama pelajar untuk mengulangkaji pelajaran .

-- Sekolah-sekolah perlu berkonsepkan mini universiti. Peperiksaan di sekolah perlu meniru sistem Cummulative Grading Points Average (CGPA) di mana setiap markah yang diperolehi daripada setiap ujian, projek, persatuan dan peperiksaan akan menyumbang kepada markah akhir pelajar tersebut.

Sistem ini akan memaksa pelajar-pelajar lebih aktif di dalam aktiviti sekolah dan juga belajar dengan lebih konsisten.

-- Jika diamati dengan teliti, guru-guru kelas yang juga mengajar matapelajaran tertentu, terpaksa ‘berpindah-randah’ di antara kelas-kelas untuk mengajar subjek tersebut.

Penulis rasa mungkin telah tiba masanya untuk kita menterbalikkan senario ini. Jadi konsep mencari ilmu yang ditekankan selama ini bukan setakat hadir di sekolah sahaja, tetapi juga berusaha mencari guru-guru mereka.

Kelas-kelas yang dahulunya diberikan nama seperti 3 Biru, 3 Hijau dan sebagainya, perlu dispesifikkan kepada setiap mata pelajaran, contohnya Makmal Bahasa Malaysia, Makmal Matematik dan sebagainya.

Guru-guru yang mengajar subjek-subjek tersebut akan diberi penghormatan untuk menggunakan kelas tersebut sebagai bilik utama mereka dan bukannya meja-meja kecil seperti di bilik guru sekarang.

Bilik guru ini nanti boleh digunakan sebagai bilik rehat eksklusif untuk mereka yang lengkap dengan peralatan media dan komputer bagi meningkatkan professionalisme dan motivasi mereka.

-- Di masa yang sama, perlu diadakan badan profesional yang lain yang dapat memberikan kaunseling dan berupaya menyelesaikan masalah keluarga pelajar-pelajar tersebut. Ibubapa akan diberi tunjuk ajar dan semangat baru untuk memimpin keluarga mereka dengan lebih efektif.

 

 

 

         (  IZZA 6AB ) 

 

 

 

 

Kemiskinan Dan Budaya: Konstruksi Masalah Dalam Hidup Manusia

 

 

hands

 

 

Takrif kemiskinan

Kemiskinan pada umumnya meliputi elemen-elemen yang berikut : golongan yang tidak mempunyai keupayaan pendapatan, golongan yang tiada akses kepada sumber kuasa sosial dan golongan yang tidak menikmati keperluan asas (perlindungan, pemakanan, pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan dan sebagainya) yang mengikut piawaian ukuran sara hidup sesuatu masyarakat bandar dan luar bandar.

 

 

Terdapat banyak negara-negara di dalam dunia yang mengalami masalah kemiskinan. Secara umumnya, kebanyakan dari negara-negara ini jika diteliti dari perspektif ekonomi politik, adalah negara-negara yang mengalami kemiskinan kesan dari penjajahan dan perkara yang paling utama ialah kesan dari budaya yang dikonstruksikan di dalam masyarakat. Kesan dari budaya yang dikonstruksikan di dalam masyarakat, kemiskinan yang dilalui dan dihadapi bukan sahaja bersifat semasa, malah merupakan masalah yang diwarisi dari satu generasi kesatu generasi yang lain. Sememangnya terdapat sesetengah budaya didalam masyarakat yang sengaja dikonstruksikan untuk memberi manfaat kepada satu kelas sahaja.

 

 

 

 

Kemiskinan merupakan suatu fenomena yang dihadapi oleh setiap negara, samada di negara-negara utara mahupun negara-negara selatan. Hairi (1984) menerangkan definisi kemiskinan sebagai ketidakmampuan memenuhi keperluan hidup yang asas seperti pakaian, makanan dan tempat berlindung. Kemiskinan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial dan pertelingkahan politik di dalam sesebuah negara akibat dari ketidakpuashatian berkenaan proses pengagihan kekayaan negara kepada rakyat. Kemiskinan juga telah menjadi punca kepada tercetusnya konflik di dalam negara-negara dunia sedang membangun (NSM) seperti yang tercetus di Sri Langka bilamana dominasi etnik Sinhala di dalam politik negara telah menyebabkan kawasan selatan negara tersebut yang didiami oleh etnik Tamil telah mengalami keciciran di dalam proses pembangunan dan ia telah membuahkan kemunculan pergerakan pemisah Liberation Tigers Of Tamil Ellam (LTTE). Fenomena kemiskinan begitu berkait rapat dengan proses politik di dalam sesebuah negara. Perkara ini kerana, melalui sistem politik yang adil, telus dan tersusun sahaja pengagihan kekayaan ekonomi di dalam negara dapat dilaksanakan melalui polisi-polisi yang sempurna. Namun, melalui politik juga kemiskinan akan terus kekal tumbuh, berikutan dari pembolotan kekayaan oleh segelintir kelompok elit yang mendominasi pemerintahan negara.

 

Rajes 6Atas biru

 

Penerangan anda membuktikan anda memberi idea yang munasabah

 

 

 

Mengapa wujudnya masalah-masalah sosial ?

Tidak dapat siapapun menafikan bahawa dunia pada hari ini penuh dengan berbagai-bagai ragam dan masalah, sama ada kecil ataupun besar, remeh ataupun sukar, melibatkan golongan atasan ataupun bawahan dan sesiapa sahaja sepertimana yang berlaku pada peristiwa tsunami yang melanda sekitar Asia pada 26 Disember 2004 yang lalu. Pokoknya, sebahagian besar daripada masyarakat bersetuju bahawa dunia hari ini mengalami masalah sosial. Timbulnya masalah-masalah sosial ini yang berpunca daripada pendapatan rendah memang boleh dijangkakan. Bezanya cuma dari segi keseriusan masalah tersebut dan sejauh mana kita mampu mengambil langkah-langkah pencegahan dan rawatan.
Kasitah 6Ap

 

Cikgu saya berpendapat isi Kasitah umum kerana langkah pencegahan tidak diterangkan dengan jelas.

 

Setiap langkah perlu diambil dengan mengenalpasti dengan mengamalkan peraturan undang-undang kecil kerajaan negeri dan pusat agar masalah sosial dapat dikurangkan terutama pelajar sekolah misalnya

Buku Developmental Psychology: Childhood & Adolescence (4th edition, 1996) telah menggariskan beberapa cara pencegahan untuk permasalahan di atas. Di antaranya ialah tumpuan lebih dan membantu pembelajaran pelajar bermasalah ini agar setanding dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Bukannya dengan mengkritik atau menyisihkan mereka. Pihak sekolah perlu mengadakan suatu stimulus yang dapat menimbulkan rasa minat dan berguna mereka di sekolah.

-- Mendekati dan memahami mereka secara ikhlas dan mendalam. Guru-guru keseluruhannya hendaklah juga mengajar mereka sikap-sikap yang baik agar mereka dapat berinteraksi kembali dengan pelajar-pelajar keseluruhannya.

Bukannya dengan membebankan masalah pelajar-pelajar kepada guru disiplin atau unit kaunseling sahaja.

-- Membantu ibubapa mempelajari teknik pengurusan anak yang lebih efektif.

Sabarin 6Ap

 Syabas, Sabarin idea anda amat kritis yang dapat membantu perbincangan yang baik

 

 

 

 

Mohd Shatar Sabran (2003) memberikan definisi masalah sosial sebagai satu masalah apabila sebahagian besar daripada ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat yang mempunyai pengaruh merasakan bahawa sesuatu perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat.

 

Amran 6Ab 

 

Amran , cikgu cadangakan anda perhatikan idea kritis rakan. Libatkan diri untuk memberi input yang berketrampilan atau pun data yag sesuai dalam penerangan anda   


Jika kita perhatikan senario masalah sosial di Malaysia, tidak ada satupun faktor terkuat yang dikenal pasti mempengaruhi gejala sosial ini. Terdapat faktor seperti kemiskinan dan ketidakseimbangan pendapatan. Disebabkan desakan dan hidup, ada segolongan individu tidak dapat bertahan yang menyebabkan timbulnya masalah ragut, dadah, mencuri, gangsterisme, buli dan bermacam-macam lagi.

Segeraan 6AP

 

Cuba lagi Segaran, isi anda boleh tak dikaitkan dengan isu disiplin sekolah
Masalah-masalah sosial yang timbul

a) Kemerosotan pencapaian akademik

Banyak perkara yang boleh mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar. Antaranya ialah tahap pendidikan ibu bapa, pekerjaan, pendapatan keluarga dan saiz sesebuah keluarga. Menurut Noraini (dalam Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin,1999), anak-anak dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi lebih tinggi gred pencapaian berbanding anak-anak dari keluarga yang mempunyai status ekonomi yang rendah. Ini adalah kerana dalam keadaan status sosioekonomi yang tinggi, ibu bapa mampu dan boleh menyediakan kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk perkembangan pelajaran yang cemerlang.

Menurut Maslow, manusia didorong oleh keperluan-keperluan tertentu iaitu keperluan yang rendah atau bawah perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Ibu bapa yang berpendapatan rendah lebih banyak menumpukan usaha mereka untuk memenuhi keperluan asas seperti mendapatkan makanan dan tempat tinggal yang lebih selesa. Apabila keperluan-keperluan asas tidak dapat memenuhi kehendak mereka, isu-isu lain yang lebih penting sering diabaikan seperti pendidikan anak-anak dan tahap kesihatan keluarga.

 

 

b) Keganasan rumahtangga

Keganasan rumahtangga bukan satu perkara yanag baru wujud di negara kita, malah telah lama. Cuma bentuknya yang berbeza dari generasi ke generasi. Ia termasuk penderaan atau penganiayaan terhadap suami, isteri atau anak-anak. Keganasan dalam rumahtangga dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang melibatkan serangan, sentuhan, gangguan, kekejaman mental dan fizikal, penganiayaan seksual atau apa-apa perbuatan pencerobohan atau aniaya .


Di antara punca terkuat berlakunya keganasan rumahtangga ini ialah tekanan hidup dan kaitannya dengan kedudukan kewangan keluarga yang tidak kukuh. Ada kalanya sikap kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri yang saling tidak memahami di antara satu sama lain. Sikap isteri yang suka meminta-minta akan menyebabkan jiwa suami akan merasa tertekan. Bagi mengatasi masalah ini, suami akan menggunakan kata-kata kesat, herdikan atau pukulan bagi mengatasi tekanan. Malahan keadaan akan menjadi lebih parah jika suami mengambil jalan singkat bagi mengatasi tekanan dengan meminum alkohol secara berlebihan dan pertimbangan akal yang rasional tidak mampu mengawal diri. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, ia akan mencetuskan pergaduhan atau konflik yang berkisar mengenai isu-isu kewangan, peranan isteri dan sebagainya.

Kesempitan wang dan tekanan hidup sedikit sebanyak akan memaksa keluarga mencari jalan singkat untuk keluar daripada masalah yang sementara tersebut. Meminjam wang daripada ceti haram atau “Along” dirasakan menjadi pilihan. Akibat tidak mampu membayar balik pinjaman, suami atau isteri takut untuk pulang ke rumah kerana bimbang akan “dikenakan” oleh samseng yang dihantar oleh Along. Bermulalah episod hitam dalam keluarga dengan suami menyalahkan isteri dan isteri menyalahkan tindakan suami. Mangsanya ialah anak-anak. Minda anak-anak yang telah dicemari dengan pertelingkahan, pergaduhan dan penderaan bapa ke atas ibu memberi mesej bahawa keganasan dalam rumahtangga adalah satu bentuk hukuman yang diiktiraf dan dibolehkan.

Bagi mengatasi masalah ini, keganasan rumahtangga ini wajar dibendung dan diatasi supaya sikap kasih sayang, toleransi dan hormat menghormati akan terus kekal mekar dalam keluarga. Walaupun terdapat Akta Keganasan Rumahtangga 1994, diharap ia akan menjadi pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut sesebuah rumahtangga.

c) Keciciran sekolah

Kanak-kanak yang tercicir dari sekolah (school dropout) adalah salah satu faktor langsung yang ada kaitannya dengan keupayaan keluarga berpendapatan rendah terhadap kepentingan pendidikan kepada anak-anak. Bagi kanak-kanak ini yang tercicir dan tidak lagi menyambung pelajaran mereka, kesan jangka panjang ialah kesukaran mencari pekerjaan terutama yang melibatkan kemahiran teknologi. Jika mendapat pekerjaan sekalipun, jumlah pendapatan yang akan diperolehi amat berkurangan berbanding pelajar yang memiliki diploma atau ijazah. Peluang mereka untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi amat tipis apatah lagi wujudnya persaingan yang sangat sengit dalam pasaran kerja pada masa kini.

Golongan yang tercicir ini juga terpaksa berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup kerana tekanan ekonomi yang dihadapi. Kesan jangka pendek yang menjadi pilihan golongan ini ialah melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial seperti mencuri, meragut, merompak, gangsterisme, mengedar dadah dan menyeluk saku. Kegiatan anti sosial ini akan lebih ketara apabila pendapatan yang diperolehi tidak konsisten dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Keciciran dari sekolah akan menjadi-jadi dan bertambah buruk apabila faktor kemiskinan dan hidup merempat meliliti kehidupan keluarga terutama di kawasan setinggan. Adalah lebih mudah bagi ibu bapa untuk memutuskan bahawa menamatkan pendidikan anak-anak akan mengurangkan beban keluarga kerana mereka boleh membantu mencari sumber pendapatan untuk keluarga. Maknanya di sini, beban mencari sumber kewangan telah ditanggung bersama-sama. Akhirnya, dengan kata lain, kanak-kanak yang tercicir ini akan menghadapi masa depan yang sama seperti yang dialami oleh ibu bapa mereka sebelum ini.

Kajian yang dijalankan oleh Yayasan Strategik Sosial (2002) ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi keciciran ini telah mengenal pasti lima penyebab utama iaitu kekeluargaan, sikap pada diri sendiri, sistem persekolahan, kesihatan dan persekitaran. Apa yang menarik daripada kajian ini ialah meletakkan faktor keluarga sebagai punca utama masalah keciciran yang berlaku dan sebab utama ialah pendapatan ekonomi keluarga yang rendah. Kehidupan yang miskin dan daif memaksa ibu bapa merelakan anak-anak mereka khususnya yang sulung berhenti sekolah dan mula mencari pendapatan sendiri.

Faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minda dan perlakuan seseorang. Segolongan kanak-kanak lebih mudah mengikut apa yang berlaku di sekitar mereka tanpa mengetahui baik dan buruknya. Kajian Setinggan Lembah Klang oleh Yayasan Strategik Sosial pada 2001 menunjukkan kebanyakan pelajar tercicir dari sekolah berasal dari perkampungan setinggan.

Apabila seseorang pelajar bergaul dengan rakan yang tercicir, besar kemungkinan pelajar itu pun turut tercicir dari sekolah. Secara psikologi, gerak geri dan perlakuan pelajar yang tercicir lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dengannya. Dalam kes-kes tertentu, pelajar yang tercicir cuba mempengaruhi kawan-kawannya yang lain untuk menyertai tindakannya yang lebih menyeronokkan. Di samping itu kegelojohan pihak sekolah yang memberi pengiktirafan terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar memberi tekanan ke atas pelajar yang lemah dalam pelajaran.

Kesimpulan

 

 

Persoalan kemiskinan merupakan masalah utama dunia pada masakini. Implikasi dari kemiskinan telah menyebabkan pertelingkahan yang mendorong kepada konflik kaum dan pemisahan wilayah disesetengah tempat. Secara relatifnya, hampir keseluruhan negara-negara sedang membangun mengalami masalah kemiskinan yang ketara dikalangan rakyat. Permasalahan kemiskinan jika dianalisis dari perspektif liberalisme, akan memperlihatkan hujah bahawa kemiskinan berlaku kerana sifat malas yang ada di dalam diri manusia dan nilai-nilai pemerintahan yang tidak demokratik.

                                     

                                                                                                                 Pei Chei U6B

 

 

 

Sebagai seorang rakyat , kita harus berusaha mengatasi masalah iktisad dengan: 

 

1. Simpan sedikit tabungan untuk perbelanjaan tahun depan.

2. Belajar untuk hidup secara sederhana dan berbelanja mengikut keperluan.

3. Pelbagaikan pendapatan, mungkin berniaga secara kecil-kecilan.

4. Buat perancangan kewangan bagi setiap bulan dan catitkan supaya kita dapat lihat ke mana wang kita dibelanjakan

 

Pei Chei isi anda dalam bentuk point . Apa kata anda tulis dalam ayat lengkap dalam input seterusnya.Kaitkan juga dengan masalah sosial lain pada masa depan

 

Masalah sosial lain adalah berlakunya kadar buta huruf di kalangan pelajar . Walaupun kerajaan telah mengambil langkah seperti menguatkuasakan akta pendidikan dengan mewajibkan semua kanak-kanak mesti mula belajar supaya  kadar pelajar buta huruf boleh dikurangkan. Malah satu komputer satu rumah merupakan salah stu cara pelajar dapat mengatasi masalah  sosial.      

Azhawati U6 B 

 

Cikgu dapati jawapan anda baik, namun isi anda boleh menjadi lebih baik jika anda lihat isu dari Utusan Melayu dan Bertia Harian.   

 

 

Kegawatan ekonomi negara menyebabkan pelbagai masalah berlaku di negara kita . Walaupun kegawatan yang berlaku di negara ini tidak seperti yang berlaku di negara Asia Tenggara  yang lain namun kerajaan harus memainkan peranan penting. Membangunkan pertanian adalah lebih baik.

 

Logaraj U6B

 

Loga cikgu anda mempunyai idea yang baik namun anda perlu berkongsi pengetahuan dengan membaca surat khbar mengenai kegawatan ekonomi di Berita Harian atau majalah Ekonomin anda menjadi lebih kemas 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

Comments (12)

Choong Chee Hong said

at 11:03 am on Mar 6, 2009

hii..nice 2 meet u here..
stil rmb me ? :)

yooo said

at 11:30 am on Apr 24, 2009

Kenapa masalah sosial pelajar kerap berlaku di negara kita ?

yooo said

at 6:59 pm on Apr 25, 2009

very useful info..tq

yooo said

at 7:01 pm on Apr 25, 2009

very useful info....tq. -Durka.U4-

yooo said

at 11:07 am on May 4, 2009

wah, nice nice very nice !!! very intesting topic .....

thurairaj said

at 1:10 pm on Jun 16, 2009

anda perlu gunakan surat khabar keluaran 23 haribulan Mac untuk rujukan

thurairaj said

at 1:12 pm on Jun 16, 2009

Su En jawapan anda terlalu panjang sehingga tidak nampak konotasi karangan. Mengapa tidak menggunakan Dewan Masyarakat keluaran Ogos 2007 untuk melihat perkembangan ekonomi negara

thurairaj said

at 1:15 pm on Jun 16, 2009

Chee Hou sentiasa dengar komen kementerian kewangan dalam ruang komentar tv 1 dan tv 3 setiap khamis dan Isnin
Anda boleh hubungi cikgu melalui email

thurairaj said

at 11:19 am on Jun 30, 2009

Yong Seng , input yang anda masukkan perlu diterangkan dengan lengkap dengan data yang sesuai. Misalnya golongan mana yang tidak mempunyai pekerjaan. Mengapa mereka tidak mempunyai pekerjaa dan sokongan datal

thurairaj said

at 11:26 am on Jun 30, 2009

SuEn,hujah anda terlalu luas. Anda perlu tumpukan kepada skop yang dibincangkan agar tidak ada kesinambungan menyalahgunaan isi dan skop perbincangan

thurairaj said

at 11:48 am on Jun 30, 2009

Pei Chei , pemberian isi anda memang baik . Cuma anda perlu menjelaskan isi tersebut tanpa perlu memberikan idea yang lebih rasional. Misalnya masalah ini disebabkan didikan ibu-bapa. Jelaskan apabila dikatakan pendidikan ibu-bapa bermakna pencapaian waris pada zaman mereka.Pendidikan yang tinggi mendorong untuk anak-anak mereka belajar bersungguh

thurairaj said

at 12:12 pm on Jun 30, 2009

Saya berpendapat isi Ee ee dengan sokongan daripada pendapat orang lain mengukuhkan kebolehan untuk membanding isi anda dengan pengalaman dan pandangan orang lain. Keadaan ini membolehkan anda berfikir secara matang dan menjawab dengan baik

You don't have permission to comment on this page.